X

Kindly register in order to view this article
!

Sukan paintball kembali di Lembah Klang

Perkara yang paling penting dalam paintball adalah semangat berpasukan. - Foto 123RF
A
A

HUJUNG minggu ini, Merak Jalanan berpeluang menyertai satu pertandingan paintball yang akan diadakan di Cyberjaya.

Pertandingan itu adalah yang pertama disertai Merak Jalanan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak bulan Mac yang lalu.

Kali terakhir Merak Jalanan menyertai pertandingan paintball adalah pada bulan Januari lalu. Ketika itu, kumpulan Merak Jalanan mendapat tempat ketiga.

Pada pertandingan kali ini, alhamdulillah Merak Jalanan sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Semua peralatan juga sudah diselenggara dengan baik.

Walaupun pertandingan kali ini diadakan ketika pandemik koronavirus (Covid-19), ia tetap meriah dengan penyertaan 33 pasukan untuk empat kategori.

Sasaran pasukan Merak Jalanan kali ini adalah untuk menjadi johan. Jika tidak tercapai pun tidak mengapa, asalkan semua pemain gembira bermain dan memberi tentangan hebat.

Perkara yang paling penting dalam paintball adalah semangat berpasukan. Setiap anggota memainkan peranan penting bagi mengalahkan pihak lawan.

Jika ada ahli tidak mengikut strategi ditetapkan, kemungkinan besar pasukan itu akan kalah.

Selain strategi, ketenangan pemain di tengah padang mengawal corak pertempuran dan kecepatan berfikir turut diutamakan.

Setiap saat amat berharga dalam paintball. Kesilapan sekelip mata boleh menjadi punca pasukan itu tidak berjaya ke peringkat seterusnya.

Apa pun, dalam apa jua sukan, tekanan yang tidak sepatutnya perlu dielakkan. Ia boleh menjejaskan moral pasukan.

Biarlah tekanan mahu menggigit pingat sahaja diterap dalam pasukan.

Siapa yang datang ke pertandingan paintball di Cyberjaya hujung minggu ini bolehlah mencari Merak Jalanan. Kita boleh berkenal-kenalan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!