51 ditahan ingkar PKPP berhibur di pusat hiburan

Pengunjung yang ditahan dan dikenakan kompaun kerana ingkar PKPP dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Bandaraya Johor Bahru awal pagi ini.
Pengunjung yang ditahan dan dikenakan kompaun kerana ingkar PKPP dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Bandaraya Johor Bahru awal pagi ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Keseronokan 51 pengunjung yang sedang berhibur di sebuah premis hiburan di bandar raya ini awal pagi ini terganggu apabila diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSNJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, menerusi satu serbuan pada jam 2.30 pagi itu, kesemua pengunjung yang berusia 18 hingga 55 tahun itu diperiksa.

"Hasil saringan air kencing mendapati 19 individu yang terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita tempatan serta dua wanita warganegara Vietnam positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.

"Dua lagi wanita warganegara Vietnam disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob berkata, turut ditahan ialah seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang mengaku sebagai pengurus premis berkenaan yang menjalankan perniagaan melebihi masa yang telah ditetapkan.

Menurutnya, kesemua 51 individu berkenaan dikompaun sebanyak RM1,000 kerana tidak mengamalkan penjarakkan fizikal ketika berada dalam premis terbabit.

"Kesemua mereka akan direman bermula esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Johor (ENJ).

"Siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020," katanya.

Artikel Berkaitan: