Kerajinan orang Melayu belum cukup

Datuk Dr Mohd Asri (dua, kanan) ketika sesi forum berlangsung semalam.
Datuk Dr Mohd Asri (dua, kanan) ketika sesi forum berlangsung semalam.
A
A
A

ARAU - Sikap rajin yang ditunjukkan orang Melayu belum mencukupi untuk meletakkan Melayu sebagai kelompok yang rajin berbanding bangsa lain.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau berharap bangsa Melayu tidak menyambung sejarah malas Melayu yang diamalkan sejak sekian lama.

Katanya, masyarakat Melayu mungkin masih terbawa-bawa dengan budaya kemalasan apabila mereka masih tidak mampu menguruskan kebersihan rumah sendiri.

"Saya bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sering mengadakan program kayuhan untuk menyantuni penduduk asnaf di kampung.

"Rumah MAIP's bagi percuma, tapi nak sapu sampah malas, nak buang rumput keliling rumah pun malas sedangkan yang nak berkunjung itu Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail," katanya ketika Forum Cabaran dan Masa Depan Orang Melayu di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), semalam.

Menurutnya, jika dibandingkan dengan bangsa lain terutamanya kaum Cina, bangsa Melayu agak ketinggalan dari segala aspek.

"Anak Cina rajin bukan sebab dia dirajinkan tetapi dia telah membentuk budaya berkenaan dalam masyarakat mereka.

"Malah orang Cina tak perlu diajar bagaimana nak berniaga, sebab perniagaan itu telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, walaupun pelbagai isu memagari bangsa Melayu kini, namun itu bukan halangan untuk bangsa Melayu bersaing.

"kita perlu berani untuk mengenalpasti masalah dan cuba atasi masalah itu untuk membangunkan bangsa Melayu," katanya.