Banjir punca Lebuhraya SMART ditutup

Keadaan di sekitar Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek yang dinaiki air akibat daripada hujan lebat ketika tinjauan di sini hari ini. Foto: Bernama
Keadaan di sekitar Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek yang dinaiki air akibat daripada hujan lebat ketika tinjauan di sini hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR, - Hujan lebat sejak tengah hari tadi menyebabkan Lebuhraya SMART ditutup kepada lalu lintas bagi membolehkan pengaktifan sistem banjir dan disusuli dengan pelepasan air banjir ke dalam sistem takungan Terowong SMART.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini menyatakan, langkah itu diambil atas arahan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia yang diterima pada pukul 4 petang.

Pengumuman status operasi Terowong Lebuhraya SMART akan dihebahkan melalui media, papan maklumat elektronik (VMS), dan juga di laman web SMART, www.smarttunnel.com.my, twitter@smarttunnel ataupun 'Smart Tunnel' di Facebook.

Maklumat lanjut atau pertanyaan boleh menghubungi ke talian SMART 1-300-88-7188. - Bernama

Artikel Berkaitan: