Derita ketumbuhan di mulut sejak usia 3 bulan

Keadaan Muhammad Aqil Aqma sebelum dan selepas penderitaan akibat ketumbuhan di mulut.
Keadaan Muhammad Aqil Aqma sebelum dan selepas penderitaan akibat ketumbuhan di mulut.
A
A
A

MARAN - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Permata hati yang dilahirkan normal kini menanggung penderitaan di usia yang masih kecil.

Situasi itu dihadapi sepasang suami isteri, Nordin Jasni, 38, dan Ros Asroini Mohammad, 38, dari Felda Ulu Jempol di sini apabila anak bongsu mereka, Muhammad Aqil Aqmar Nordin, 3, menghidap penyakit ketumbuhan di mulut.

Nordin yang bekerja sebagai buruh binaan berkata, keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu dikesan sejak usia tiga bulan.

Menurutnya, pada peringkat awal, anaknya tidak dapat menggenggam jari selain lengan dan tangan tidak dapat diluruskan hingga melarat ke mulut dan gusi.

"Siapa tak sedih apabila melihat anak yang dilahirkan normal tiba-tiba berdepan penyakit sebegini.

"Bagaimanapun, saya dan isteri reda menerima ujian diberikan ALLAH dan hanya mengharapkan kesembuhan anak kami," katanya kepada Sinar Harian.

Nordin reda dengan ujian ALLAH dan mengharapkan kesembuhan untuk Muhammad Aqil Aqma.
Nordin reda dengan ujian ALLAH dan mengharapkan kesembuhan untuk Muhammad Aqil Aqma.

Katanya, Muhammad Aqil Aqmar kini berada di Hospital Kuala Lumpur sejak Selasa lalu dan menjalani pembedahan semalam.

Artikel Berkaitan:

"Buat masa ini saya tidak dapat bekerja dan isteri pula hanya suri rumah selain saya perlu menanggung dua anak yang masih bersekolah.

"Sebelum ini pun saya mempunyai pendapatan tidak menentu.

Muhammad Aqil Aqma yang masih kecil terpaksa menanggung penderitaan akibat ketumbuhan di mulut sejak usia tiga bulan.
Muhammad Aqil Aqma yang masih kecil terpaksa menanggung penderitaan akibat ketumbuhan di mulut sejak usia tiga bulan.

Orang ramai yang ingin mengurangkan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat (22031411912) atas nama Nordin Jasni.