Trump dicalonkan sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan

Trump dicalonkan untuk menerima Hadiah Nobel Keamanan 2021. - Foto AFP
Trump dicalonkan untuk menerima Hadiah Nobel Keamanan 2021. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mendedahkan bahawa seorang ahli politik Norway mencalonkannya sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan 2021.

"Terima Kasih," katanya menerusi kenyataan di Twitter di laman sosial itu bagi meraikan pencalonan tersebut.

Seorang anggota parlimen Norway, Christian Tybring-Gjedde memberitahu AFP bahawa presiden daripada parti Republikan itu dicalonkan kerana tercapainya persetujuan bersejarah antara Israel dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurutnya, Trump lebih layak menerima hadiah itu kerana peranannya dalan memecahkan kebuntuan hubungan antara sebuah kuasa Arab dengan negara Yahudi tersebut.

Ratusan orang dicalonkan pada setiap tahun untuk menerima Hadiah Nobel Keamanan itu.

Institut Nobel pada kebiasaannya enggan memberikan komen berhubung pencalonan nama dan gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Pada masa lalu, beberapa orang daripada lima anggota jawatankuasa yang memilih penerima hadiah tersebut telah membuat teguran yang negatif terhadap Trump. - AFP

Artikel Berkaitan: