Vettel sertai Racing Point

Vettel gagal mencipta impak positif bersama pasukan Ferrari.
Vettel gagal mencipta impak positif bersama pasukan Ferrari.
A
A
A

BEKAS juara dunia Formula Satu (F1), Sebastian Vettel sah menyertai pasukan Racing Point bagi menggantikan Sergio Perez mulai musim depan.

Bersama pasukan British itu, Vettel yang memenangi gelaran dunia empat musim berturut-turut mulai 2010 hingga 2013 akan bergandingan dengan pemandu muda, Lance Stroll.

Lance merupakan anak kepada Lawrence Stroll - seorang jutawan dari Kanada yang melabur dalam pasukan jenama British itu yang bakal dikenali sebagai Aston Martin.

Terdahulu, Ferrari membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak Vettel yang mengharungi enam musim bersama pasukan Itali itu tanpa sebarang kejuaraan dunia.

Pada saingan musim ini, Vettel yang pernah mencipta nama bersama Red Bull masih gagal meraih sebarang podium termasuk dua kali gagal menamatkan perlumbaan iaitu pada Grand Prid (GP) Styria dan GP Itali.

Akibatnya, pemandu kelahiran Jerman berusia 33 tahun itu sekadar menduduki tangga ke-13 keseluruhan tatkala saingan F1 musim ini berbaki sembilan perlumbaan.

Artikel Berkaitan: