X

Kindly register in order to view this article
!

45 kes baharu Covid-19 hari ini

Dr Noor Hisham.
 - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 45 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dicatatkan di Malaysia hari ini dengan 44 kes merupakan penularan dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 44 kes tersebut, sebanyak 11 kes merupakan penularan dalam kalangan rakyat tempatan dan 33 kes merupakan warga asing.

"Di Kedah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan empat kes iaitu dua daripada Kluster Telaga dan masing-masing satu daripada Kluster Sungai dan saringan bergejala di Klinik Kesihatan Simpang Kuala," katanya.

Menurutnya, di Sabah, sebanyak 40 kes daripada Kluster Benteng LD dikesan di mana 33 daripadanya melibatkan warga asing.

"Satu kes import dilaporkan di Selangor iaitu seorang rakyat tempatan yang pulang dari Brazil," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 9,628 kes.

"Jumlah kes aktif adalah 333 kes," katanya.

Beliau berkata, seramai sembilan pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

"Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian adalah kekal sebanyak 128 kes iaitu 1.33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 24 kes yang telah telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,167 kes iaitu 95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!