X

Kindly register in order to view this article
!

'Malaysia sudah jadi negara rasuah'

Tangkap layar Facebook Tun Dr Mahathir.
A
A

1. NEGARA Malaysia sudah menjadi negara rasuah terutama dalam politiknya. Ini jelas dilihat bagaimana kerajaan pilihan rakyat diganti dengan kerajaan yang dibeli oleh pihak tertentu.

2. Jika dibiar rasuah akan berkembang dan akan rosakkan pentadbiran negara dan menghalang pembangunannya.

3. Rakyat semua akan menderita teruk kerana terpaksa menghulur wang untuk khidmat kerajaan.

4. Parti Pejuang ditubuh untuk membanteras aliran ke arah ini.

5. Memang tidak mudah melawan budaya rasuah. Tetapi jika tidak ada sedikitpun usaha membanteras rasuah, penyalahgunaan wang, salah guna kuasa akan berkembang dengan lebih cepat lagi, lebih teruk lagi.

6. Jika Pejuang diberi sokongan dan peluang, sedikit sebanyak rasuah dan salah guna kuasa boleh dikurangkan.

7. Pejuang menjemput mereka yang sedar akan bahaya rasuah untuk menyokong atau menyertai perjuangannya.

8. Kita sudah dengar berkenaan usaha untuk menukar nilai hidup kita supaya yang tidak baik menjadi baik dan yang baik menjadi tidak baik.

9. Kita dengar seorang penjenayah berkata "Aku Boss, apa nak malu (kalau aku curi)". Dan ini disambut oleh penyokongnya dengan menerima dakwaan ini, dan disambung dengan laungan "Ya. Kalau dia curi pun, bukan curi duit kita".

10. Jadi sekarang mencuri pun tidak mengapa kerana yang dicuri bukan duit kita dan pencuri itu adalah Boss kita. Dan kita pun dapat sedikit duit yang dicuri.

11. Apabila mencuri dianggap tidak salah, maka rasuah, menipu, hukuman salah, membohong - semua ini pun tidak salah juga.

12. Maka menubuh kerajaan pimpinan Melayu Islam oleh penjenayah seperti ini pun boleh diterima sebab dia Melayu dan Islam.

13. Hari ini di Malaysia sudah terdapat kerajaan pintu belakang atau tebuk atap. Kerajaan Sabah pun hampir terguling kerana 13 ahli kerajaan dibeli dengan bermillion ringgit.

14. Jika dua lagi ahli dapat dibeli, maka kerajaan Sabah pilihan rakyat akan jatuh dan diganti dengan kerajaan pintu belakang. Di masa hadapan mereka yang mempunyai wang yang banyak boleh beli kerajaan, bahkan mendiri kerajaan. Sudah tentu kerajaan yang dibeli ini akan diguna oleh penjenayah untuk jenayah mereka.

15. Bukan sahaja itu tetapi apabila tuduhan dibuat terhadap anggota mereka, Peguam Negara mereka boleh disuruh buang kes. Tuduhan juga boleh dibuat terhadap musuh politik sehingga dihadap ke mahkamah, didapati bersalah dan dipenjara.

16. Tidak akan ada Rule of Law dalam negara yang kerajaannya terdiri daripada penjenayah. Lihat sahajalah apa yang berlaku di zaman Najib. Orang yang cuba tegur salah laku oleh Najib dimasuk dalam tahanan di bawah undang-undang SOSMA.

17. Mungkin ada yang berpendapat kerajaan penjenayah seperti ini tidak mungkin berlaku di negara kita. Tetapi ia sudah pun berlaku dan penjenayah sudah pun dibicara dan didapati bersalah apabila rakyat pilih kerajaan rakyat.

18. Sesungguhnya di Malaysia sudah berlaku di mana sebuah kerajaan pilihan rakyat dijatuhkan dan sebuah lagi hampir jatuh kerana ahli parti kerajaan dibeli. Besar kemungkinan di masa hadapan penjenayah kaya akan beli kerajaan dengan bermillion ringgit dan pemerintahan kuku besi didiri oleh penjenayah.

19. Atas kesedaran kemungkinan inilah maka parti Pejuang ditubuh. Kita akan tentukan pemimpin Pejuang akan terdiri dari pejuang-pejuang anti-rasuah dan anti-politik wang.

20. Kami juga akan berusaha membantu rakyat dalam bidang perniagaan dan perusahaan yang mengikut aturan-peraturan dan bersih.

21. Kami akan utamakan The Rule of Law.

22. Kami tidak terikat dengan mana-mana parti campuran. Sebaliknya kami akan sokong mana-mana pihak yang utamakan prinsip-prinsip perjuangan kami.

23. Kami seru kepada rakyat supaya sertai kami atau sokong kami dalam PRU.

24. Percayalah kami mempunyai banyak cara (idea) untuk menjayakan peperangan kami melawan rasuah dan politik wang.

25. Sokonglah kami sebagai Pejuang untuk memulih bangsa yang berjaya dan mulia.

Bagi pihak Pejuang,

DR MAHATHIR MOHAMAD


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!