KJ jumpa Veveonah, minta maaf wakili kerajaan

Khairy (dua dari kanan) ketika bertemu dengan Veveonah (dua dari kiri) dan ibu bapanya di UMS hari ini.
Khairy (dua dari kanan) ketika bertemu dengan Veveonah (dua dari kiri) dan ibu bapanya di UMS hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertemu dengan pelajar, Veveonah Mosibin, 18, serta ibu bapanya bagi meminta maaf bagi pihak kerajaan.

"Sempat bertemu Veveonah di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan," katanya dalam satu ciapan di Twitter beliau hari ini.

Sempat bertemu Veveonah di UMS. Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan. Saya juga telah cadangkan untuk Veve berkerjasama dengan @YayasanInovasi untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar. pic.twitter.com/LnK96fTadX

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 10, 2020

Ahli Parlimen Rembau itu juga turut mencadangkan agar Veveonah bekerjasama dengan Yayasan Inovasi untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya mohon maaf atas kekeliruan isu Veveonah'

UMS sahkan Veveonah ambil peperiksaan dalam talian

Jemaah Menteri bincang isu Veveonah

Semalam, Khairy berkata, Kabinet memutuskan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri terhadap Veveonah Mosibin adalah tidak betul dan tidak wajar.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan terbaharu, Zahidi hari ini memohon maaf di Dewan Negara kerana menimbulkan kekeliruan berhubung masalah capaian internet yang dihadapi Veveonah.

“Saya ingin memohon maaf, dengan keizinan Yang Dipertua, saya ingin membuat permohonan itu di dewan mulia ini kerana menimbulkan kekeliruan dalam hal adik Veveonah. Maaf juga kerana maklumat daripada wakil rakyat kawasan menyebabkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

“Mungkin pendapat saya telah disalah tafsir. Di daerah dan Pekan Pitas terdapat liputan dan pusat internet, namun ia perlu ditambah baik secara keseluruhan,” katanya sebelum memulakan sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara di sini hari ini.