Tidak serik ditahan, ibu tunggal dipenjara lima tahun

Nurfarhana didakwa Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini kerana memasukkan dadah ke dalam badan.
Nurfarhana didakwa Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini kerana memasukkan dadah ke dalam badan.
A
A
A

MELAKA - Seorang ibu tunggal muda yang tidak serik ditahan atas kesalahan dadah dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Nurfarhana Ibrahim, 24, yang merupakan ibu kepada dua orang anak dijatuhi hukuman itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memberikan dadah jenis methamphetamine kepada diri sendiri yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tertuduh juga mempunyai dua rekod lampau dan telah dikenakan perintah pengawasan pada tahun 2017 dan 2018.

Bagi kesalahan itu, Nurfarhana didakwa mengikut Seksyen 39C(1) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga tujuh dan dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos memohon hukuman setimpal kerana tertuduh tidak pernah insaf dengan perbuatannya memandangkan telah beberapa kali dikenakan perintah pengawasan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminannya dikurangkan dengan alasan dia merupakan ibu tunggal kepada dua anak yang masih kecil.

Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan bermula tarikh tangkapan pada 29 Februari lalu.

Artikel Berkaitan: