BN, PN perlu ganding bahu tawan Sabah

Bung Moktar (depan, enam dari kanan) pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin-Pemimpin BN dan Bersatu Sabah di sini hari ini.
Bung Moktar (depan, enam dari kanan) pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin-Pemimpin BN dan Bersatu Sabah di sini hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pemimpin UMNO di semua peringkat diminta berganding bahu bersama-sama rakan parti komponen Barisan Nasional, Pas dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, perkara itu penting bagi memastikan tidak ada persengketaan dalam ‘peperangan politik’ bagi menumbangkan kerajaan negeri yang sedia ada.

“Politik ini dinamik, kita kena semai mengikut kesesuaian. Pada hari ini kita bergabung dengan ‘rakan lama’ yang sebelum ini bersama kita iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) khususnya di Sabah bagi menumbangkan kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Bung Moktar (tengah) pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin-Pemimpin BN dan Bersatu Sabah di sini hari ini.
Bung Moktar (tengah) pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin-Pemimpin BN dan Bersatu Sabah di sini hari ini.

“Jika sebelum ini UMNO tidak pernah bekerjasama dengan parti Pas, namun kali ini kita dapat lihat UMNO dan Pas bergabung dalam Muafakat Nasional (MN),” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin-Pemimpin BN dan Bersatu Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Bung Moktar berkata, jentera parti di semua peringkat akar umbi perlu diperkuat bagi memastikan kemenangan calon yang akan bertanding pada PRN Sabah nanti.

Artikel Berkaitan: