Enam penagih dadah diberkas AADK

AADK Pasir Puteh menahan enam lelaki dalam serbuan yang dilakukan di sekitar jajahan ini.
AADK Pasir Puteh menahan enam lelaki dalam serbuan yang dilakukan di sekitar jajahan ini.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seramai enam lelaki ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh dalam serbuan di sekitar jajahan ini semalam.

Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd Zain berkata, lima lelaki yang ditahan itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan seorang lagi positif opiat.

Menurutnya, kesemua yang ditahan itu berusia lingkungan 30 tahun.

"AADK Pasir Puteh akan terus melipat gandakan operasi dalam membanteras aktiviti penagihan dadah di jajahan ini.

"Pengaruh rakan dan perasaan ingin mencuba merupakan antara alasan yang diberikan penagih setiap kali mereka dicekup AADK," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Katanya, beliau melihat perkara itu seolah-olah sudah menjadi 'barah' dalam kalangan generasi muda hari ini.

"Isu ini perlu ditangani secara bersama oleh seluruh masyarakat agar generasi muda masa hadapan tidak terjebak dengan najis dadah," katanya.

Artikel Berkaitan: