X

Kindly register in order to view this article
!

Kematian prebet Aziz: Tiada pegawai, anggota TDM dipanggil setakat ini

Kenangan Allahyarham Abdul Aziz bersama keluarga sempena Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat pada Jun tahun lalu.
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada mana-mana pegawai atau anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipanggil setakat ini bagi membantu siasatan polis berhubung kes kematian prebet Abdul Aziz Aznam pada 28 Ogos lepas, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Beliau berkata, pihaknya terbuka untuk menyerahkan mana-mana warga TDM sekiranya dipanggil serta disyaki terlibat dalam kes kematian berkenaan.

"Sekiranya timbul keraguan apa-apa unsur dalam siasatan berhubung kematian Allahyarham semestinya pihak polis akan memanggil mana-mana warga TDM yang terlibat. Buat masa ini belum dan kami tidak boleh mendahului kerana ia akan mengganggu siasatan polis kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Adik tak tahan, hari-hari kena'

Jenazah prebet Aziz selamat dikebumi

Kematian prebet Aziz: Beberapa anggota tentera dirakam percakapan

Anggota tentera maut dipercayai terjun dari tingkat tiga

"Banyak prosedur perlu dilalui... jika ada kes ketidakadilan terhadap Allahyarham maka yang terlibat perlu bertanggungjawab," katanya kepada Bernama pada Majlis Penyerahan Kereta Peronda Kor Polis Tentera Diraja di Pusat Latihan Polis Tentera (Pulapot) di sini hari ini.

Pada 7 September lepas, Bernama melaporkan seorang anggota tentera meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di Johor.

Kejadian itu mengakibatkan anggota tentera terbabit mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Johor.

Terdahulu, TDM menerima sebanyak 40 kereta peronda jenis Honda Civic untuk kegunaan pasukan keselamatan itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!