X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan tidak akan kenakan cukai pengosongan

Zuraida Kamaruddin
A
A

KUALA LUMPUR - Cukai pengosongan ke atas hartanah mewah yang tidak terjual kemungkinan tidak akan dikenakan tahun depan kerana ia masih lagi dikaji oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri, Zuraida Kamaruddin berkata, cadangan cukai berkenaan yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi untuk perbincangan, bukanlah perkara mendesak untuk diselesaikan oleh kementerian.

"Kami sedang menyemaknya dan ia bukan keutamaan kami pada masa ini. Biarkan pemaju menguruskannya.

"Idea mengenai cukai pengosongan ini hanya muncul apabila kami memikirkan mengenai hartanah mewah yang tidak terjual... dan ia tidak akan dilaksanakan pada 2021, kami mempunyai mekanisme lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Digital Skim Rumah Pertamaku (Digital SRP) Cagamas SRP Bhd.

Menurut Zuraida, pada masa ini terdapat 29,000 unit mewah tidak terjual bernilai RM29 bilion.

Beliau berkata, keutamaan KPKT adalah meringankan pemilikan rumah untuk orang ramai.

"Kami mahu memastikan kumpulan pendapatan B40 dan M40 dapat membeli rumah dengan cara yang lebih mudah menerusi bank,” katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: KPKT cari kaedah lain kawal hartanah


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!