Pulau Pinang batal sambutan Hari Malaysia

Sambutan Hari Malaysia di Pulau Pinang dibatalkan ekoran perkembangan kes Covid-19. - Foto 123RF
Sambutan Hari Malaysia di Pulau Pinang dibatalkan ekoran perkembangan kes Covid-19. - Foto 123RF
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang hari ini membatalkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri berikutan situasi semasa negeri yang berdepan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Pengerusi Majlis-majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, keputusan itu diambil atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bagi mengelak perhimpunan ramai.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bersidang semalam telah membuat ketetapan bahawa sambutan Hari Malaysia Peringkat negeri Pulau Pinang yang dijadualkan pada 16 September adalah dibatalkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga tidak menggalakkan sebarang penganjuran acara perhimpunan sempena sambutan Hari Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: