Bank Rakyat tawar hadiah wafer emas kepada wira sektor kesihatan

Bank Negara
Bank Negara
A
A
A

BANK Rakyat melancarkan Kempen Sektor Kesihatan bagi meraikan warga kerja sektor kesihatan negara dengan menawarkan sebanyak 20 wafer emas bernilai RM50,000 kepada pelanggan Pembiayaan Peribadi-i, Kenderaan-i dan Perumahan-i.

Bank Rakyat dalam kenyataannya memaklumkan, kempen yang bermula dari 17 Ogos sehingga 30 Oktober 2020 dan berkonsepkan ‘Langgan dan Menang’ itu diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada wira dan wirawati sektor kesihatan yang banyak berjasa terutamanya sejak penularan wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia.

Kata kenyataan itu, sebanyak 10 wafer emas ditawarkan kepada pelanggan Pembiayaan Peribadi-i manakala Pembiayaan Kenderaan-i dan Perumahan-i masing-masing menawarkan lima wafer emas kepada pelanggan terpilih.

"Bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia iaitu ‘Malaysia Prihatin’, Bank Rakyat yakin kempen ini akan memberi manfaat kepada warga kerja sektor kesihatan dalam memenuhi keperluan kewangan mereka menerusi tawaran istimewa yang diberikan bagi produk terlibat.

"Antaranya, Pembiayaan Peribadi-i dengan kadar pembiayaan bermula daripada 2.38 peratus setahun dengan jumlah pembiayaan sehingga RM200,000. Bagi Pembiayaan Kenderaan-i, kadar pembiayaannya bermula daripada 2.65 peratus setahun," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Bank Rakyat menawarkan margin pembiayaan sehingga 110 peratus termasuk Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTT) untuk Pembiayaan Perumahan-i.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian tele-Rakyat di 1300-80-5454 atau kunjungi laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter).

Artikel Berkaitan: