Muhyiddin hadir sidang DUN Johor

Muhyiddin (kanan) duduk di sebelah Osman ketika sidang DUN Johor hari ini.
Muhyiddin (kanan) duduk di sebelah Osman ketika sidang DUN Johor hari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Yang Ke-14 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Muhyiddin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir yang hadir persidangan DUN tersebut di Bangunan Sultan Ismail pada jam 10.50 pagi disambut oleh Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Muhyiddin hadir Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Yang Ke-14 di Kota Iskandar di sini hari ini.
Muhyiddin hadir Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Yang Ke-14 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Kehadiran Muhyiddin pada sidang DUN kali ini adalah yang kedua selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan pada 29 Februari lalu.

Muhyiddin menjadi tumpuan dalam suasana dan polemik politik yang sedang berlaku di negeri ini ketika ini.

Aturan tempat duduk persidangan kali ini menyaksikan Muhyiddin duduk di sebelah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dan Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Artikel Berkaitan: