Isu kilang haram: Hendak tunggu berapa lama lagi?

Shahril Sufian
Shahril Sufian
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin muda UMNO mempersoalkan langkah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang memberi peluang kepada kilang haram untuk membuat pemutihan sehingga hujung tahun.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, mengapa perlu menunggu sehingga hujung tahun tanpa mengambil kira pengajaran krisis air yang berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur akibat pencemaran sungai yang didalangi oleh kilang haram.

"Selepas krisis bekalan air yang baru sahaja ke arah kembali ke normal, mengapa perlu tunggu sehingga hujung tahun? Setelah perit yang dilalui, mengapa tidak tindakan tegas diambil sekarang?

"Ini bukan kes penjaja kecil yang hendak cuba dibantu ke arah pemutihan atas pertimbangan ihsan dan membantu ekonomi mikro penjaja.

"Ini kilang haram yang mana dalam kalangan mereka mencemar sungai dan mengganggu bekalan air sehingga menyebabkan pelbagai kesusahan kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahril berkata, beliau juga terkejut apabila Amirudin turut menyatakan bahawa pihaknya sudah memberikan tawaran untuk pemilik tanah dan kilang haram itu menjalankan proses pemutihan sejak tahun 2008 lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima cubaan cemar sungai berjaya dihalang dalam dua bulan

"Sejak 2008? Sudah 12 tahun dan sudah berkali-kali krisis air (berlaku) di Selangor. Kerajaan negeri yang ada kuasa untuk mengambil tindakan, masih mahu beri peluang sehingga tamat 2020?

Artikel Berkaitan:

"Rakyat mahukan tindakan. Kerajaan negeri ada banyak kuasa seperti mana yang disebut dalam posting sebelum ini. Jangan tunggu ada krisis sekali lagi baru nak kelam kabut. Sudah 12 tahun diberi peluang kepada kilang haram. Hendak bagi berapa tahun lagi?" soalnya.