X

Kindly register in order to view this article
!

Amy didakwa bunuh rakan

Mohd Rozaimy dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput atas pertuduhan membunuh rakannya di sebuah rumah di Kampung Jalong di sini hari ini.
A
A

SUNGAI SIPUT - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada awal bulan ini.

Tertuduh, Mohd Rozaimy Amer, 30, didakwa membunuh rakannya, Muhammad Izar Mohommad Anuar, 22, di hadapan sebuah rumah beralamat Lot 10 Kampung Jalong di sini pada 1 September 2020 jam 1.30 tengah hari.

Ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, tertuduh faham namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Tertuduh yang juga bekas banduan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN Polis cari Amy!

Amy dah kena tangkap!

Majistret Norhabsarina Ayob kemudiannya menetapkan 9 November depan sebagai sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia kes berkenaan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jean Siow Chung Hwei, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Rozaimy dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput kerana membunuh rakannya di sebuah rumah di Kampung Jalong, di sini, hari ini.
Mohd Rozaimy dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput kerana membunuh rakannya di sebuah rumah di Kampung Jalong, di sini, hari ini.

Dalam laporan sebelum ini, Muhammad Izar maut dalam pergaduhan yang didakwa angkara cemburu dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Kampung Jalong di sini, kira-kira jam 2.30 petang, Selasa lalu.

Mangsa yang cedera parah dalam kejadian itu disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 12.27 tengah malam selepas dua hari tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun Mohd Rozaimy yang dikenali Amy menghilangkan diri sebelum berjaya ditahan pihak polis di sebuah rumah di Pengkalan, Ipoh kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 7 September lalu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!