Binatang dilindungi dijual online seperti biskut

Antara iklan mempromosikan penjualan haiwan eksotik yang popular di Facebook sekarang ini.
Antara iklan mempromosikan penjualan haiwan eksotik yang popular di Facebook sekarang ini.
A
A
A

NAK burung hantu, nak kongkang, nak lutong. Nak kucing hutan! Tak susah lagi untuk membelinya dengan munculnya kaedah perniagaan dalam talian.

Trend bisnes dalam talian sekarang bukan sekadar kek, biskut, beg atau pakaian tetapi haiwan eksotik pun boleh dibeli secara dalam talian sekarang ini.

Sama ada perniagaan hidupan haiwan eksotik haram secara terang terangan di Facebook ini masih terkawal atau tidak, jawapan ada dalam tangan Perhilitan kerana bahagian penguat kuasaan mereka lebih arif.

Apa yang pasti Wartawan Sinar Siasat telah membuat tinjauan dan menemukan bersepah akaun Facebook membuat iklan dan menjual beberapa spesis haiwan eksotik yang dilindungi antaranya paling popular anak lutong.

Modus operandi bukanlah susah. Buat tempahan, bayar dan si penjual akan pos. Sangat mudah seperti saja perniagaan biskut dalam talian.

Malangnya, aktiviti ini bukan satu perniagaan yang sihat untuk menyuntik pembangunan negara. Bahkan ia kategori perbuatan tidak beretika dan pelakunya boleh dikenakan tindakan undang- undang. Mengapa pula tidak beretika?

Dapatkan laporan penuh dalam akhbar Sinar Harian hari ini mengenai perniagaan haram menjual haiwan eksotik di Facebook. Anak lutong, anak burung hantu, jadi mangsa!

Artikel Berkaitan: