Badan pengurusan air bakal diwujudkan di Wilayah Persekutuan

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

PUTRAJAYA - Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi memastikan tiada gangguan bekalan air berlaku di ibu negara.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, cadangan penubuhan badan itu dibawa pada mesyuarat Kabinet hari ini dan kajian mengenai itu kini dilaksanakan kementeriannya.

“Saya fikir kita tidak harus selamanya bergantung kepada pengurusan air di Selangor. Untuk jangka panjang (Wilayah Persekutuan) perlu ada pengurusan air sendiri,” katanya kepada media selepas menghadiri program Bubur Asyura di Surau An-Najah di sini hari ini.

Annuar berkata, pelbagai manfaat akan diperoleh sekiranya Wilayah Persekutuan mempunyai badan pengurusan air sendiri.

“Dengan adanya badan ini, kami boleh menguruskan konsesi air sendiri malah membeli air mentah atau memproses air kerana di Wilayah Persekutuan banyak sumber air seperti tasik dan sungai,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: