Van bawa anak yatim langgar lori, lima cedera

Anggota JBPM memberikan rawatan awal kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 445.9 Lebuhraya Utara Selatan hari ini. - Foto JBPM Selangor
Anggota JBPM memberikan rawatan awal kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 445.9 Lebuhraya Utara Selatan hari ini. - Foto JBPM Selangor
A
A
A

RAWANG - Sebuah van membawa 18 penumpang terdiri anak yatim dari sebuah rumah kebajikan di Titiwangsa Kuala Lumpur terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 445.9 Lebuhraya Utara Selatan hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan, kejadian dilaporkan berlaku jam 5.18 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi.

Kerosakan bahagian depan van dinaiki kesemua mangsa selepas melanggar belakang sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 445.9 Lebuhraya Utara Selatan hari ini. - Foto JBPM Selangor
Kerosakan bahagian depan van dinaiki kesemua mangsa selepas melanggar belakang sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 445.9 Lebuhraya Utara Selatan hari ini. - Foto JBPM Selangor

Menurutnya, kejadian berlaku selepas van jenis Urvan dinaiki kesemua mangsa telah melanggar belakang sebuah lori.

"Pelanggaran itu menyebabkan lima daripada penumpang iaitu dua orang dewasa dan tiga orang kanak-kanak mengalami kecederaan ringan.

"Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan," katanya.

Mereka yang tidak mengalami kecederaan ditempatkan sementara di BBP Rawang. - Foto JBPM Selangor
Mereka yang tidak mengalami kecederaan ditempatkan sementara di BBP Rawang. - Foto JBPM Selangor

Katanya, van tersebut dinaiki seorang lelaki dan tiga wanita dewasa, lapan kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, mereka yang tidak mengalami kecederaan telah ditempatkan sementara di BBP Rawang.