Gudang gas LPG diserbu KPDNHEP Kuala Lumpur

KPDNHEP Kuala Lumpur menyerbu sebuah gudang penyimpanan LPG bersubsidi di Selayang, Kuala Lumpur semalam.
KPDNHEP Kuala Lumpur menyerbu sebuah gudang penyimpanan LPG bersubsidi di Selayang, Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur menyerbu sebuah gudang penyimpanan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di Selayang, di sini hari ini.

Pengarahnya, Ariffin Samsudin berkata, serbuan kira-kira jam 6.40 petang itu mendapati premis terbabit disyaki melakukan kesalahan menyimpan barang kawalan berjadual iaitu gas LPG.

"Hasil serbuan, kita telah menyita 247 tong gas LPG serta dua buah lori yang kesemuanya dianggar bernilai RM123,960.

"Siasatan lanjut ke atas pemilik perniagaan tersebut sedang dijalankan bersabit dengan kesalahan di bawah Peraturan 20 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki atau meyimpan barang kawalan berjadual di tempat yang tidak dilesenkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPDNHEP Kuala Lumpur menyerbu sebuah gudang penyimpanan LPG bersubsidi di Selayang, Kuala Lumpur semalam.
KPDNHEP Kuala Lumpur menyerbu sebuah gudang penyimpanan LPG bersubsidi di Selayang, Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan boleh disalurkan kepada pihaknya melalui Portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800 886 800, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU dan Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 /6088.

Katanya, aduan juga boleh disalurkan menerusi talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC), WhatsApp ke 019-2794317 atau ke mana-mana 73 buah pejabat KPDNHEP di seluruh negara.

Artikel Berkaitan: