JPV Terengganu lupus lima kuda dijangkiti AHS

Lima ekor kuda yang dikesan menghidap penyakit kuda Afrika (AHS) di Terengganu akan dilupuskan bagi membendung penularan penyakit itu. Foto: 123RF
Lima ekor kuda yang dikesan menghidap penyakit kuda Afrika (AHS) di Terengganu akan dilupuskan bagi membendung penularan penyakit itu. Foto: 123RF
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lima ekor kuda yang dikesan menghidap penyakit kuda Afrika (AHS) di Terengganu akan dilupuskan bagi membendung penularan penyakit itu, kata Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr Mohd Termizi Ghazali.

Beliau berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan kuda lain dijangkiti AHS, apatah lagi negeri ini menjadi tumpuan sukan kuda lasak.

“Ini adalah kes pertama melibatkan wabak AHS dan kita dapati kesemua haiwan yang berusia tujuh hingga 15 tahun ini telah dijangkiti AHS pada 27 Ogos lalu selepas sampel darah haiwan tersebut dihantar ke makmal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Mohd Termizi berkata, proses pelupusan kesemua haiwan berkenaan akan dijalankan oleh pasukan khas JPV Terengganu dan Putrajaya melalui kaedah suntikan dan menurutnya perintah pelupusan haiwan yang dijangkiti wabak berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 19 Akta Binatang 1953 (Akta 647).

Beliau berkata, AHS hanya menjangkiti kuda dan tidak melibatkan manusia.- Bernama

Artikel Berkaitan: