42 pelajar makan mi goreng, air milo keracunan makanan

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

NIBONG TEBAL - Sejumlah 42 pelajar Sekolah Menengah Agama Tasek Junjong di sini mengalami keracunan makanan dipercayai selepas makan mi goreng dan air milo di kantin sekolah itu pagi tadi.

Pelajar yang terdiri daripada 30 perempuan dan 12 lelaki, mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah bermula pada jam 11 pagi.

Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr Asmayani Khalib berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu dan kesemua pelajar dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan, namun tiada yang ditahan di wad.

"Semua pelajar itu menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dilaporkan dalam keadaan stabil dan kami sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengambil sampel makanan di kantin untuk pemeriksaan serta ujian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut memantau keadaan pelajar yang keracunan makanan di sekolah itu bagi memastikan mereka sembuh sepenuhnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: