Inskil manfaatkan tiga kenderaan daripada KPDNHEP

Ching Chung (tiga, kiri) menyerahkan kunci sebagai simbolik penyerahan kereta lucuthak kepada Abdul Jalil.
Ching Chung (tiga, kiri) menyerahkan kunci sebagai simbolik penyerahan kereta lucuthak kepada Abdul Jalil.
A
A
A

GURUN - Kenderaan lucut hak yang telah lama tidak dihidupkan berfungsi semula selepas seminggu dihantar kepada Institut Kemahiran Langkasuka (Inskil).

Penolong Pengurus Pentadbiran Inskil, Mohamad Nayan Mat Desa berkata, tiga buah kenderaan yang dihantar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kedah itu berjaya dihidupkan semula selepas beberapa alat ganti baharu ditukar.

Menurutnya, pemberian itu adalah tujuan pembelajaran dan menambah peralatan serta enjin sedia ada sebagai keperluan pembelajaran kepada 81 pelatih Kursus Automotif Tahap 2 dan 3 di pusat kemahiran berkenaan.

“Selepas dihantar seminggu lalu, kami menukar alat ganti dan cuba membaikinya semula, akhirnya kereta ini boleh berfungsi semula walaupun sudah lama enjin tidak dihidupkan berikutan menunggu kes selesai membabitkan pendakwaan di mahkamah,” katanya semalam.

Penyerahan disempurnakan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kedah, Chin Ching Chung kepada Ketua Eksekutif Inskil, Dr Abdul Jalil Ahmad.

Inskil yang ditubuhkan pada 2000 telah melahirkan ramai tenaga mahir antaranya dalam bidang Automotif, Elektrik, Pengurusan Pejabat, Sistem Komputer, Penyamanan Udara dan Pembuatan Pakaian Wanita.

Artikel Berkaitan: