Pelajar tidak tunai 'janji' belanja KFC dibelasah senior

Rakaman video buli berkenaan tular sejak pagi tadi.
Rakaman video buli berkenaan tular sejak pagi tadi.
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang pelajar Tingkatan Satu diserang dan dipukul tiga pelajar Tingkatan Lima sekolah sama gara-gara tidak menunaikan 'janji' mahu belanja makanan segera.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 13 tahun dikatakan berada di dalam bilik asrama sekolah berkenaan.

"Mangsa diserang tiga pelajar berkenaan dan aksi buli tersebut dirakam menerusi video berdurasi 25 saat sebelum tular sejak awal pagi tadi.

"Berdasarkan keterangan awal daripada mangsa, ketiga-tiga suspek memukul mangsa kerana berang mangsa dikatakan cuba mempermainkan ketiga-tiga suspek dengan gurauan hendak belanja KFC.

"Mangsa kemudiannya datang ke balai polis pagi tadi untuk buat laporan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti suspek dan membuat tangkapan terhadap semuanya.

"Ketiga-tiga suspek dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: