Caj perkhidmatan pembelian e-dagang belum dibincangkan: KKMM

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menafikan cadangan untuk mengenakan caj perkhidmatan 0.02 peratus ke atas pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang. - Foto 123RF
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menafikan cadangan untuk mengenakan caj perkhidmatan 0.02 peratus ke atas pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menafikan cadangan untuk mengenakan caj perkhidmatan 0.02 peratus ke atas pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang.

Dalam satu kenyataan, KKMM menjelaskan belum ada perbincangan dibuat mengenai perkara itu.

"Merujuk kepada kenyataan yang dibuat pada 8 September 2020 di Kelantan, KKMM ingin menjelaskan bahawa belum ada perbincangan untuk mengenakan bayaran perkhidmatan kepada pengguna dalam platform e-dagang (pembelian dalam talian) sebanyak 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 serta tambahan 20 sen bagi gandaan RM1,000 berikutnya," menurut kenyataan itu.

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kementerian itu bercadang mengenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus atas pembelian dalam talian.

Bagaimanapun katanya, perkara itu masih dalam perancangan kementerian sebelum dibentangkan dan pendekatan tersebut adalah sebagai antara jalan mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat.

Bagaimanapun usul berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat dan pemimpin politik yang tidak setuju dengan cadangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: KKMM cadang rakyat guna e-dagang dikenakan caj 20 sen<

Fomca tidak setuju kerajaan kenakan caj 20 sen

Artikel Berkaitan: