Orang kampung bangga dengan Ramli

Ramli meluangkan masa dengan penduduk kampung Orang Asli Pos Menson, semalam.
Ramli meluangkan masa dengan penduduk kampung Orang Asli Pos Menson, semalam.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Penduduk di kampung Orang Asli Pos Menson, di sini, mempunyai sebab untuk berasa bangga dengan kemenangan calon BN, Ramli Mohd Nor dalam PRK Cameron Highlands pada Sabtu.

Ini kerana, Ramli yang merupakan Ahli Parlimen pertama dari kalangan masyarakat Orang Asli berasal dari kampung tersebut.

Pada hari pertama bergelar wakil rakyat, Ramli meluangkan masa bersama penduduk Pos Menson sebagai tanda terima kasih kepada orang kampungnya.

Salah seorang penduduk, Maria Zamani, 24, berkata, dia amat teruja dapat berjumpa dengan Ramli yang pulang ke kampung hari ini.

"Perasaan bangga, syukur, gembira semua ada dengan kemenangan beliau. Malah, sejak dulu lagi beliau merupakan kebanggaan kampung ini.

ARTIKEL BERKAITAN:BN menang, Ramli cipta sejarah Orang Asli jadi MP

"Saya harap beliau dapat jalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan baik," katanya.

Angin (kiri) dan Maria
Angin (kiri) dan Maria

Artikel Berkaitan:

Basir Bah Tuin, 50, pula berkata, Ramli sewajarnya dijadikan contoh kepada semua masyarakat Orang Asli.

"Saya harap akan ada lebih ramai lagi Orang Asli yang berkelulusan tinggi dan berjaya seperti Ramli.

"Anak-anak muda khususnya perlu menjadikan Ramli sebagai contoh agar Orang Asli lebih maju dan tidak terpinggir berbanding masyarakat lain," katanya yang juga abang saudara kepada Ramli.

Sementara itu, Angin Ansang, 75, berkata, dia sememangnya menyokong Ramli kerana beliau berasal dari kampung tersebut.

"Sudah tentu kita gembira Ramli jadi wakil rakyat. Selepas ini kalau ada apa-apa masalah, senang nak mengadu kepada beliau.

"Semoga Ramli dapat mendengar keluhan kami khususnya masalah untuk menjual hasil cucuk tanam yang tak seberapa," katanya.