Pemaju nafi jadi dalang sebalik rusuhan

Kejadian kebakaran di kuil.
Kejadian kebakaran di kuil.
A
A
A

SUBANG JAYA - Pemaju One City Development Sdn Bhd (One City) menafikan dakwaan bahawa pihak mereka dalang di sebalik rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, di sini, awal pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan, pemaju itu menyatakan bahawa tuduhan itu tidak berasas, serta berniat jahat ke atas mereka.

"Pihak kami mengutuk tindakan merusuh berkenaan, ingin kami jelaskan bahawa pihak kami tidak terlibat sama sekali," jelas kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, mereka menyatakan bahawa One City komited untuk mematuhi semua peraturan Undang-undang dalam menangani isu tersebut.

"Justeru pihak kami ingin nyatakan bahawa One City tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan

undang-undang sekiranya fitnah ini terus dilemparkan kepada pihak kami," jelasnya lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sejam padam kebakaran kenderaan di kuil]

[ARTIKEL BERKAITAN: Insiden rusuhan tidak babit unsur perkauman]

Artikel Berkaitan:

Berhubung insiden kekecohan itu difahamkan berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil.

Video kejadian itu viral dalam media sosial. Turut dilaporkan banyak kenderaan terperangkap dalam kesesakan di sekitar kawasan berkenaan pada waktu puncak pagi ini.

Dalam insiden itu, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ambil masa kira-kira satu jam bagi memadam dan mengawal kebakaran melibatkan sejumlah kenderaan yang terbakar ekoran kekecohan yang berlaku di kuil tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu pindah kuil: Semua perlu akur arahan mahkamah]