Suami isteri sakit mental akibat dadah

Sebanyak 11 kawasan panas digempur AADK di sekitar daerah Kuala Muda semalam dan berjaya menahan 15 individu termasuk pasangan suami isteri. Foto: AADK
Sebanyak 11 kawasan panas digempur AADK di sekitar daerah Kuala Muda semalam dan berjaya menahan 15 individu termasuk pasangan suami isteri. Foto: AADK
A
A
A

SUNGAI PETANI - Pasangan suami isteri yang mengalami masalah mental ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ketika serbuan dijalankan di sebuah rumah kedai, dekat Persiaran Amanjaya, semalam.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, pihaknya percaya kedua-dua suami isteri berusia 34 dan 35 tahun itu mengalami masalah mental kesan daripada penagihan dadah.

Menurutnya, seorang lelaki dipercayai rakan mereka turut ditahan ketika berada di rumah kedai terbabit yang dipercayai dijadikan sarang penagihan dadah.

"Hasil saringan air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah jenis morfin dan methamphetamine.

"Kesemua mereka antara 15 individu yang ditahan dalam operasi yang dijalankan bermula 9 pagi hingga 11 malam semalam membabitkan lima anggota termasuk pegawai di 11 lokasi panas sekitar Daerah Kuala Muda," katanya.

Kesemua penagih berusia antara 22 hingga 50 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

Artikel Berkaitan: