Tak serik keluar masuk jel!

Ketiga-tiga tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39C (1)(b) ADB 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38B ADB 1952 kerana mengulangi kesalahan sama mengambil dadah buat kali ketiga di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39C (1)(b) ADB 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38B ADB 1952 kerana mengulangi kesalahan sama mengambil dadah buat kali ketiga di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang baru empat bulan dibebaskan dari penjara atas kesalahan berkaitan dadah sekali lagi dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan tersebut selepas tertuduh, Ahmad Fauzi Mohamad, 26, dari Kampung Tajin, Kuala Berang, Hulu Terengganu mengaku salah mengulangi kesalahan sama dengan mengambil dadah buat kali ketiga.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine di dalam badannya semasa berada di pejabat narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, lebih kurang jam 4 petang pada 6 Disember.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1)(b) ADB 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38B ADB 1952.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan tidak kurang lima tahun tetapi tidak lebih tujuh tahun dan dikenakan sebatan tidak lebih tiga sebatan.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani dua tahun pengawasan di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Tertuduh yang sebelum ini mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pernah dijatuhi hukuman empat bulan penjara dan dua tahun pengawasan serta lima bulan penjara dan dua tahun pengawasan.

Sementara itu, di mahkamah sama, dua lagi penagih didakwa di bawah Seksyen 39C (1)ADB 1952 kerana masing-masing memiliki dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua tertuduh, Ismail Othman,41, dan Mazlan Mamat, 44, masing-masing didakwa memasukkan dadah jenis morphine di dalam badan semasa berada di IPD Hulu Terengganu, jam 8 malam, 12 April lalu dan jam 2.10 petang, pada 30 Oktober tahun lalu.

Mahkamah seterusnya menetapkan 27 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Kesemua pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Ka Full.