X

Kindly register in order to view this article
!

Penunggang basikal dirempuh kereta

Seorang warga emas cedera apabila basikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Kampung Pandan, Ampang, semalam. (Basikal yang dirempuh)
A
A

AMPANG - Seorang warga emas cedera selepas basikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Kampung Pandan di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu dipercayai berlaku selepas sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki berusia 39 tahun masuk ke susur Kampung Pandan, lalu melanggar mangsa yang menunggang basikal.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang juga seorang pesara berusia 61 tahun terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar sebatang pokok.

"Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit telah ditahan untuk menjalani saringan ujian air kencing dan ujian darah.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!