Skuad Bujang Senang dapat suntikan semangat tambahan

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS)
Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS)
A
A
A

KERAJAAN Sarawak dijangka meluluskan permohonan peruntukan tambahan RM4 juta untuk Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, permohonan FAS itu telah dibincangkan oleh kerajaan negeri dan peruntukan tambahan dijangka diluluskan dalam masa terdekat.

Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukan tidak kurang RM3.5 juta untuk FAS setiap tahun bagi menguruskan skuad LIga Premier, Piala Presiden, Piala Belia dan skuad futsal dalam kempen Liga-M.

“FAS memohon tambahan lagi RM4 juta kerana segala kos sudah meningkat,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran jersi baharu skuad LIga Premier Sarawak di Mydin, Petra Jaya, di sini malam kelmarin.

Mengulas mengenai jersi baharu tajaan Lea Spor Centre, beliau berkata, corak dan motif abstrak yang terdapat pada jersi baharu itu sesuai dengan identiti negeri Sarawak yang berbilang kaum dan agama.

Musim ini, skuad Liga Premier Sarawak, akan memakai jersi berwarna merah di laman sendiri manakala biru di tempat lawan. - Bernama

Artikel Berkaitan: