Taman Tasik Titiwangsa ditutup sementara esok

Penutupan sementara Taman Tasik Titiwangsa bermula jam 6.30 pagi hingga 2 petang esok. - Foto fail Bernama
Penutupan sementara Taman Tasik Titiwangsa bermula jam 6.30 pagi hingga 2 petang esok. - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Taman Tasik Titiwangsa bermula jam 6.30 pagi hingga 2 petang esok.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu dibuat bagi melaksanakan Operasi Menembak Gagak.

“Sepanjang tempoh operasi itu dijalankan, taman ini akan ditutup kepada orang awam,” menurut kenyataan itu hari ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu berada di kawasan itu semasa operasi dilaksanakan. - Bernama

Artikel Berkaitan: