Masih ada peluang kedua buat Foden, Greenwood

Greenwood (kiri) dan Foden digugurkan daripada pasukan England minggu lalu.
Greenwood (kiri) dan Foden digugurkan daripada pasukan England minggu lalu.
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate sedia memberikan peluang kedua buat pemain muda Phil Foden dan Mason Greenwood untuk kembali beraksi dalam pasukan tersebut.

Namun, kata Southgate, kedua-dua mereka perlu berusaha untuk kembali meraih kepercayaannya selepas melakukan kesalahan yang tidak boleh diterima tugasan antarabangsa di Iceland minggu lalu.

"Banyak yang harus saya fikirkan dan mereka perlu meraih kepercayaan saya semula. Ia akan memakan masa. Perlu ada hukuman selepas apa yang berlaku dan kemudian kami harus membantu mereka bangkit semula. Anda tidak boleh sepanjang masa berfikiran buruk terhadap mereka.

"Dengan apa yang telah berlaku dan apa yang apa yang harus dihadapi keluarga mereka, itu adalah dugaan yang luar biasa. Saya harus mencuba untuk membantu bersama-sama kelab mereka juga.

"Harapan dan tanggung jawab yang mengiringi ketika mengenakan jersi The Three Lions harus jelas buat semua pemain. Insiden yang berlaku ini adalah insiden kecil yang sangat mengecewakan," katanya.

Foden dan Greenwood digugurkan daripada skuad kebangsaan England selepas bersalah melanggar peraturan kuarantin dengan membawa masuk wanita ke hotel pasukan ketika di Iceland.

Dalam pada itu, mengulas mengenai keputusan seri tanpa jaringan yang dicatatkan dalam aksi Liga Negara-Negara awal pagi tadi, Southgate kekal tenang dan berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Menurutnya, dia sedang mencuba beberapa taktikal dan formasi baharu selain menyifatkan keputusan tersebut sebagai sesuatu yang positif buat pasukan.

Artikel Berkaitan:

"Kami belajar banyak perkara. Kami mencuba beberapa sistem baharu dan ia nampak positif. Semua pemain memberikan segalanya dan tidak kekok dengan apa yang saya cuba terapkan dalam pasukan.

"Pada separuh masa kedua, kami mula menampilkan permainan pantas dan membawa Mason Mount di jentera tengah memberikan sedikit kekuatan untuk menjana peluang.

"Pujian juga perlu diberikan kepada bahagian pertahanan dengan Conor Coady dan Eric Dier tampak serasi bersama," katanya.