X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit dibuka agak rendah berbanding dolar AS

Pengukuhan dolar AS serta sentimen yang kurang memberangsang untuk ringgit menyaksikan mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding dolar AS pagi ini - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Pengukuhan dolar AS serta sentimen yang kurang memberangsang untuk ringgit menyaksikan mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding dolar AS pagi ini, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1700/1770 berbanding dolar AS daripada 4.1650/1700 ketika ditutup petang semalam.

Ketua strategi pasaran global AxiCorp Stephen Innes berkata, meskipun terdapatnya aliran masuk bon, ia tidak banyak membantu ringgit.

Pada masa sama saham teknologi AS terus diasak dengan aktiviti penjualan dan kejatuhan berterusan harga minyak telah menyuramkan lagi sebarang aliran peningkatan.

“Dalam pada itu, peralihan AS kepada pembuatan (antarabangsa) mungkin akan membebankan sektor eksport penting seperti industri pembuatan jentera elektrik Malaysia yang besar,” katanya kepada Bernama.

Minyak mentah Brent merosot 0.15 peratus kepada AS$39.72 setong.

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia melonjak berbanding pound Britain kepada 5.4052/4146 daripada 5.4412/4494 pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.9081/9180 daripada 4.9118/9185.

Mata wang tempatan bagaimanapun jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0409/0471 daripada 3.0399/0458 dan lega berbanding yen kepada 3.9351/9428 daripada 3.9156/9214. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!