Gangguan bekalan air di tujuh daerah pulih sepenuhnya

Gangguan bekalan air di kesemua tujuh daerah sekitar Lembah Klang sejak pagi Khamis lalu pulih sepenuhnya pagi ini.
Gangguan bekalan air di kesemua tujuh daerah sekitar Lembah Klang sejak pagi Khamis lalu pulih sepenuhnya pagi ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air di kesemua tujuh daerah sekitar Lembah Klang sejak pagi Khamis lalu pulih sepenuhnya pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, tujuh daerah berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Menurutnya, pihaknya mengucapkan terima kasih di atas kesabaran pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku.

"Air Selangor menasihatkan pengguna menggunakan air secara berhemah.

ARTIKEL BERKAITAN: 17 individu saman syarikat cemari Sungai Gong

Sultan Selangor dukacita isu air di Selangor

Isu air Selangor: Hanya 65 kawasan masih terjejas

"Air Selangor juga menyaranan pengguna memuat turun aplikasi aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau App Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pengguna juga boleh merujuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

Terdahulu, sebanyak 1,292 kawasan di tujuh daerah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi Khamis lalu susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Gangguan bekalan air itu berlaku selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti bertugas akibat pencemaran itu.