BAM ambil pendekatan berjaga-jaga

Mohamad Norza
Mohamad Norza
A
A
A

ASPEK keselamatan dan kesihatan barisan pemain serta pegawai pasukan menjadi keutamaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum bermulanya kempen Piala Thomas dan Piala Uber di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Oktober depan.

Menurut Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, pihaknya sentiasa memantau perkembangan semasa kes Covid-19 termasuk persediaan Denmark selaku tuan rumah dalam mengekang penularan pandemik tersebut.

“Skuad negara dijadualkan bertolak ke Denmark pada 29 September ini. Sebelum itu, BAM akan mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Perbincangan ini bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) BWF dan Denmark dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pemain serta pegawai skuad negara berada dalam keadaan selamat sepanjang kejohanan berlangsung.

“Esok (hari ini), BAM akan mengadakan pertemuan dengan BWF sekali lagi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi terkini. Ia bukan perkara baharu kerana pelumba sukan permotoran negara juga sedang bertanding pada kejohanan di luar negara,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Semalam BWF mengesahkan Thailand mengikut jejak langkah Australia dan Taiwan menarik diri daripada saingan Piala Thomas dan Piala Uber atas alasan bimbang dengan pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Piala Thomas, Uber 2020: Giliran Thailand tarik diri

Artikel Berkaitan: