Ibu 67 tahun redah api selamatkan anak lelaki

Gambar fail menunjukkan beberapa unit kediaman terbakar yang menyebabkan lima orang mengalami kecederaan di Ajman, Emiriah Arab Bersatu pada 29 Mac 2018. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan beberapa unit kediaman terbakar yang menyebabkan lima orang mengalami kecederaan di Ajman, Emiriah Arab Bersatu pada 29 Mac 2018. - Foto AFP
A
A
A

ABU DHABI - Pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan dan mendidik anak-anak tidak akan terbalas dengan wang ringgit.

Kesanggupan seorang wanita bergelar ibu menjaga keselamatan anak-anaknya walaupun diri diancam dengan bahaya adalah satu petunjuk bahawa wujudnya kasih sayang yang sejati.

Kasih sayang tidak berbelah bahagi tersebut dibuktikan oleh seorang ibu berusia 67 tahun yang sanggup meredah api semata-mata untuk menyelamatkan seorang anak lelakinya di dalam kebakaran rumahnya.

Keberanian ibu berkenaan memang tidak boleh dipersoalkan lagi selepas dia memberanikan diri memasuki bahagian rumah yang terbakar bagi membantu anak lelakinya keluar dari kediaman tersebut.

Seorang lagi anaknya yang lebih tua pula berjaya menyelamatkan diri dengan bertindak terjun dari sebuah tingkap.

Umpama sebagai seorang wirawati, si ibu tersebut nekad untuk menyelamatkan anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu dan memberitahunya supaya pergi ke tepi sebuah tingkap dan menjerit bagi meminta pertolongan.

Jeritan tersebut didengari oleh anak lelakinya yang lebih tua menyebabkan anggota keluarga, saudara-mara dan jiran-jirannya memasuki rumah tersebut yang sedang terbakar bagi menyelamatkan si ibu serta anaknya.

Kejadian itu berlaku pada malam Sabtu lalu dan pada 7 September lalu, portal berita Khaleeja Times melaporkan bahawa si ibu, Umm Mayed dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Saqr setelah 50 peratus daripada tubuhnya melecur.

Artikel Berkaitan:

Kebakaran yang berlaku di Khat, 25 kilometer dari tenggara Ras Al Khaimah, Emiriah Arab Bersatu itu juga menyebabkan anaknya yang berusia 22 tahun tersebut melecur dan dirawat di hospital.

Insiden yang penuh dramatik itu bermula apabila si ibu, Umm Mayed yang sedang tidur terjaga dan mendapati rumahnya sedang terbakar.

Menerusi jawapannya terhadap satu soalan daripada seorang lagi anak lelakinya iaitu kenapakah dia tidak keluar dari rumah yang sedang terbakar itu, Umm Mayed berkata bahawa dia bersedia untuk mati bagi menyelamatkan anak-anak lelakinya.