Quartararo azam kembali ke podium

Fabio Quantararo - Foto The Motorsports
Fabio Quantararo - Foto The Motorsports
A
A
A

PELUMBA Petronas Yamaha SRT, Fabio Quantararo berazam menjadikan Grand Prix (GP) San Marino hujung minggu ini sebagai platform untuk pasukannya itu untuk kembali ke podium.

Quantararo berkata, perlumbaan di Litar Misano mulai 11 hingga 13 September itu juga akan cuba dimanfaatkannya dalam usaha mengumpul mata dalam siri kejuaraan dunia.

Justeru Quartararo berharap untuk kembali bersemangat mengemudi jenteranya sebagaimana yang pernah dilakukannya ketika muncul juara di Litar Jerez bagi GP Sepanyol dan Andalusia sebelum ini.

"Kami perlu kembali ke podium pada perlumbaan-perlumbaan selepas ini terutamanya pada litar yang bersesuaian dan 'serasi dengan jentera yang digunakan.

"Harapannya supaya kami juga dapat mengharungi perlumbaan kali ini dengan semangat yang sama seperti di Jerez.

"Lagi pun, Misano adalah salah satu litar yang cantik selain menjadi litar kegemaran saya kerana ia (litar) ada segalanya seperti selekoh perlahan, selekoh laju, pertukaran kiri ke kanan dan ini membuatkan saya tidak sabar untuk berlumba," katanya.

Quartararo kini mendahului pelumba lain dari segi pungutan mata pada siri Kejuaraan Dunia dengan mengumpul 70 mata biarpun tidak menaiki podium pada GP Styria, baru-baru ini.

Sementara itu rakan sepasukannya Franco Morbidelli menyifatkan litar Misano sebagai litar yang agak mengelirukan.

Artikel Berkaitan:

Katanya antara yang mengelirukan adalah pelumba akan berlumba pada arah yang bertentangan.

"Selain itu litar ini juga agak 'berkerut' dan sempit. Namun, kesemua perkara ini menjadikan litar ini sebagai antara litar yang menarik.

"Sebenarnya, ia juga satu perasaan yang hebat untuk berlumba di tanah air sendiri dan tambah menarik buat pertama kalinya perlumbaan akan berlangsung kehadiran penonton di pentas utama (grandstand)," katanya.