'Tentera bawang' berkampung di FB Paralympic Games

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Facebook Paralympic Games hari ini 'diserang' ribuan netizen Malaysia.

Ia berikutan badan itu memuat naik kenyataan berkaitan keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

Setakat jam 11 malam, kenyataan yang dimuat naik berkaitan ketegasan jawatankuasa tersebut berhubung negara tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu atas alasan politik mendapat respons kira-kira 34,000 pengguna Facebook.

Antara komen paling banyak diutarakan adalah kami tidak kisah, kami bersama Palestin.

"Kami tidak kisah, bangga dengan keputusan Malaysia dan bangga jadi rakyat Malaysia," kata pengguna Facebook, Anjallai Vadivil.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan Malaysia tetap sama

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap pendirian tak benar atlet Israel masuk Malaysia

IPC dalam kenyataan hari ini menyatakan, keputusan itu dibuat pada mesyuarat di London selepas Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal memberikan jaminan diperlukan oleh perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.

Artikel Berkaitan:

Presiden IPC, Andrew Parsons menjelaskan semua kejohanan dunia perlu terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi.