X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

TDM serah siasatan kepada PDRM

Kenyataan Tentera Darat Malaysia
A
A

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung siasatan kematian seorang anggotanya yang dipercayai terjun dari tingkat tiga sebuah kediaman tentera di Batu Pahat, Johor pada 29 Ogos lalu.

TDM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sentiasa terbuka serta akan terus memberi kerjasama serta bantuan kepada polis dalam membantu siasatan.

Menurutnya, TDM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam melaksanakan siasatan dan memberi kerjasama yang penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melancarkan siasatan tersebut.

"Kita juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota jika terbabit dengan sebarang perlakuan menyalahi undang-undang," katanya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Dakwaan bunuh diri guris hati keluarga'

Menurut kenyataan itu, sehari sebelum kejadian, mangsa, Prebet Abdul Aziz Aznam, 20, daripada Pasukan Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) Kem Majidee, Batu Pahat, Johor melapor diri ke Balai Pengawal 10 RAMD selepas Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC) pada jam 6 petang.

Menurutnya, Allahyarham kemudian diletakkan dalam bilik Tangkapan Longgar di Bilik Bujang Kompeni A sementara menunggu proses dokumentasi dan dibacakan pertuduhan oleh Pegawai Pemerintah pada Oktober ini.

Ini kerana, katanya, Pegawai Pemerintah pasukan berkenaan (10 RAMD) bersama pasukan sedang beroperasi di Sabah ketika ini.

"Kira-kira jam 11.50 malam pada 28 Ogos lalu, mangsa didapati jatuh daripada aras tiga bangunan bilik penginapan terbabit dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

"Susulan kejadian itu, pasukan 10 RAMD membuat satu laporan di Balai Polis Batu Pahat pada 29 Ogos. Pihak keluarga membuat satu laporan polis di Ipoh, Perak pada 1 September lalu atas dakwaan bahawa anggota berkenaan didera sebelum ini," katanya.

Kata kenyataan itu, mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang kelmarin.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada jam 11.40 pagi, 7 September mendapati tiada kecederaan fizikal lain pada jenazah yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah dan penderaan.

"Susulan dengan keputusan bedah siasat yang dijalankan, pakar forensik bedah siasat dan pihak polis melawat lokasi kejadian pada jam 4.30 petang, 7 September lalu untuk mengesahkan laporan bedah siasat adalah konsisten dengan situasi tempat kejadian," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!