X

Kindly register in order to view this article
!

Panel Pemikir Dakwah Negeri Sabah perlu diwujudkan: Zulkifli

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
A
A

KOTA KINABALU - Pasukan Panel Pemikir Dakwah Negeri Sabah perlu diwujudkan dalam usaha merintis kerjasama membangunkan gerak kerja dakwah antara jabatan serta agensi negeri dan persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Beliau berkata, pasukan itu penting dalam menyelaras kerjasama melibatkan pelbagai isu melibatkan hal ehwal agama terutamanya dakwah.

"Kami amat hendak dan berhajat mengadakan perjumpaan secara khusus dengan Majlis Agama Islam Sabah, Jabatan Agama Islam Sabah, Jabatan Mufti Sabah ...Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) Sabah dan beberapa yang lain.

"Kita (perlu) berbincang untuk keselarasan yang lebih baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Amanat Menteri dan menyampaikan sumbangan zakat Lembaga Tabung Haji berjumlah RM36,300 kepada 121 pelajar berstatus asnaf Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) (SMP) Likas di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Liberal: Zulkifli nafi Majlis Agama Islam tidak ambil tindakan

Zulkifli berkata, usaha mewujudkan pasukan itu akan dimulakan dalam masa terdekat dengan perbincangan jabatan serta agensi berkaitan bagi melihat kesesuaian kerjasama yang boleh dilakukan.

"Kita berbincang dahulu antara satu sama lain, dan kita tengok kesesuaian yang mana boleh didahulukan dan yang pentingnya kerja dapat dilaksanakan untuk dakwah," katanya.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!