X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM dakwa bekas SUSK menteri buat laporan palsu

Mohd Saifullah ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Ogos lalu.
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini terhadap bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham atas dakwaan membuat laporan palsu.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menegaskan bahawa laporan polis yang dibuat Mohd Saifullah ke atas SPRM adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan berniat untuk mencemarkan reputasi serta kredibiliti SPRM.

"Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat di IPD Putrajaya agar polis menjalankan siasatan atas kesalahan membuat aduan palsu.

"Mohd Saifullah merupakan individu dalam siasatan rasuah dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Ogos dengan 17 pertuduhan di bawah kesalahan Seksyen 16(a)B Akta SPRM 2009 serta satu pertuduhan bersama tunangnya, Nurfadziana Abdul Kadir di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009," katanya.

Pada 19 Ogos lalu, Mohd Saifullah, 29, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Turut didakwa ialah Nurfadziana, 27, atas kesalahan bersubahat menerima rasuah berjumlah RM232,000.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM200,000 dan dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sebelum 2 September ini dan melaporkan diri di pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 September ini untuk sebutan semula kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas SUSK bekas menteri didakwa rasuah RM3.1 juta


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!