Baru nak cuba edar, dah kena cekup

Dadah yang dirampas daripada suspek.
Dadah yang dirampas daripada suspek.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cubaan kali pertama seorang lelaki mengedar dadah menjerat dirinya apabila dia diberkas polis di Taman Desa di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, kira-kira jam 5.30 petang.

"Pemeriksaan ke atas suspek menemui 420 biji pil disyaki dadah ekstasi dianggarkan bernilai RM12,600 yang dipercayai diedarkan di kawasan tersebut.

"Siasatan awal juga mendapati suspek baru pertama kali cuba mengedar dadah dan menjadi 'runner' dengan upah RM1 bagi setiap biji pil yang dihantar kepada pelanggan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek dipercayai memperoleh bekalan dadah daripada seorang lelaki yang kini sedang giat diburu polis.

Katanya, selain itu, suspek yang memiliki empat rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah itu juga dikesan positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati," katanya.

Artikel Berkaitan: