X

Kindly register in order to view this article
!

Beckham, isteri dijangkiti Covid-19 ketika berparti di Los Angeles

Gambar fail menunjukkan David Beckham dan isterinya, Victoria. - Foto AFP
A
A

LOS ANGELES - Bekas pemain bola sepak kebangsaan England, David Beckham dan isterinya, Victoria dikatakan telah dijangkiti dengan pandemik koronavirus (Covid-19) selepas berparti di Los Angeles, California pada Mac lalu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut satu laporan berita, legenda bola sepak itu yang berusia 45 tahun dan isterinya berumur 46 tahun berasa bimbang apabila mereka dianggap penyebar utama Covid-19.

Ini adalah kerana kakitangan mereka turut dijangkiti dengan pandemik itu selepas terbang ke beberapa buah negara selama dua minggu dengan menggunakan pesawat bersama dengan anak-anaknya.

Keluarga Beckham itu menaiki kapal terbang dari Los Angeles ke United Kingdom bagi menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 tahun anak lelakinya, Brooklyn di Cotswolds pada 4 Mac lalu.

Mereka kemudian menaiki pesawat untuk kembali ke Amerika Syarikat pada 11 Mac lalu menjelang pelancaran kelab bola sepak baharu legenda bola sepak itu, Inter Miami di Florida dan akhirnya pergi semula ke Cotswolds pada 19 Mac lepas sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan.

Beckham turut membuat kempen duduk di rumah untuk mengelakkan penularan Covid-19. Foto Instagram Victoria
Beckham turut membuat kempen duduk di rumah untuk mengelakkan penularan Covid-19. Foto Instagram Victoria

Wujud dakwaan bahawa Beckham yang merupakan bapa kepada empat orang anak mula berasa tidak sihat ketika berada di Miami dan isterinya iaitu bekas anggota kumpulan Spice Girls mendapat sakit tekak manakala suhu badannya pula tinggi.

Satu sumber dalaman berkata: "Mereka menghadiri dua majlis kerana Beckham mempunyai tugas promosi dan berjabat tangan dan mencium para peminat serta pelbagai tokoh kelab utama."

Keluarga Beckham itu kemudian menghabiskan masa dengan berkuarantin di rumah besar mereka di kawasan desa Cotswolds.

Selepas pulih daripada Covid-19, Victoria dan Beckham menjalani ujian antibodi dan swab bagi memastikan mereka tidak lagi mempunyai pandemik itu sebelum terbang untuk pergi bercuti di Greece dan Itali.

Sementara itu, wakil Beckham ketika dihubungi MailOnline enggan memberikan sebarang komen. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!