Rupa-rupanya ada dua pokok petai 'menangis'

Suasana pada malam hari apabila penduduk mula berkumpul untuk melihat sendiri kejadian pohon petai yang 'menangis'.
Suasana pada malam hari apabila penduduk mula berkumpul untuk melihat sendiri kejadian pohon petai yang 'menangis'.
A
A
A

KOTA BHARU - Bukan satu, tapi dua kejadian pokok petai 'menangis' berlaku di Kampung Petani, Sering, di sini, semalam.

Kejadian pokok kedua yang mengeluarkan titisan air seperti hujan renyai-renyai itu disedari pada jam 10 malam.

Pohon petai kedua terbabit terletak di tepi jalan hadapan sebuah rumah penduduk dan berada dalam jarak kira-kira 700 meter dari pokok pertama yang disedari mengalami fenomena sama sehingga tular.

Seorang penduduk, Mohd Amierin Mohd Rashid, 25, berkata, dia sebelum itu dimaklumkan oleh beberapa penduduk yang mendakwa kejadian aneh itu mula berlaku pada Jumaat lalu.

“Seorang jiran memaklumkan pokok itu turut mengeluarkan air seperti hujan renyai-renyai seperti kejadian sebatang pokok yang tular sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pokok petai 'menangis' di Kota Bharu

“Sejak disedari berlaku, pokok petai di hadapan rumah saya ini pula menjadi tumpuan orang ramai. Pokok petai ini sudah berada di situ sejak lebih 25 tahun lalu,” katanya ketika ditemui, di sini lokasi itu, semalam.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian malam tadi mendapati pokok kedua tersebut menitiskan lebih banyak air berbanding pokok pertama yang semakin kurang titisan air berbanding sebelum ini.

Artikel Berkaitan: