Dua lelaki ditahan bawa daun ketum

ketum
A
A

KAPAR – Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas daun ketum seberat 75 kilogram di Jalan Lintang Kapar Setia 4, di sini, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, suspek berusia 25 dan 53 tahun itu ditahan ketika membawa daun ketum bernilai RM1,200 di dalam kereta Proton Saga.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui 15 bungkus plastik hitam mengandungi daun hijau disyaki daun ketum di dalam bonet dan tempat duduk penumpang belakang.

“Semasa rondaan anggota kereta peronda (MPV) cuba menahan senuah kereta jenis Proton Saga dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota mengarahkan pemandu tersebut memberhentikan kenderaan namun tidak diendahkan, sebaliknya memecut laju.

“Tiba di Jalan Lintang Kapar Setia 4, anggota dapat menahan kereta tersebut dan hasil pemeriksaan menemui 15 bungkus plastik hitam mengandungi daun hijau disyaki daun ketum,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia